COVID-19: Kes baharu kembali lepasi 22,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 kembali melepasi 22,000 dengan 22,642 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua negeri mencatatkan pertambahan kes menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 meningkat kepada 1,616,244 kes.

Katanya, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan pertambahan kes dengan 6,325 kes baharu diikuti Sabah 3,224 kes dan Kedah (2,279).

“Selain itu Johor merekodkan 1,832 kes, Sarawak (1,667), Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424), Perak (1,390) dan Kuala Lumpur (1,128).

“Turut melaporkan pertambahan ialah Terengganu dengan 744 kes, Pahang (522), Melaka (342), Negeri Sembilan (268), Perlis (44), Putrajaya (21) dan Labuan (empat),” katanya menerusi Facebook hari ini.

-BH

Comments (0)
Add Comment