Peguam Negara, KSN tiba di Istana Negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR : Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali tiba di Istana Negara sebentar tadi.

Kenderaan yang membawa Idrus dan Mohd Zuki memasuki pagar dua Istana Negara masing-masing pada jam 9.24 pagi dan 9.35 pagi.

Hari ini, seramai 114 ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan, ia untuk mengesahkan surat akuan sokongan mereka terhadap calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Lebih 50 petugas media turut berada di pintu dua Istana Negara untuk membuat liputan.

-BH

Comments (0)
Add Comment