Vaksin Moderna diberi kelulusan bersyarat – KKM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) memberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi vaksin COVID-19, jenis Moderna di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketika mengumumkan perkembangan itu berkata kelulusan pendaftaran bersyarat berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat PBKD kali ke-362 yang bersidang, hari ini.

Katanya, kelulusan sedemikian memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin itu dipantau serta dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

-BH

Comments (0)
Add Comment