Anwar individu pertama daftar Digital ID

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mendaftar diri dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID, menjadikan beliau individu pertama di negara ini memiliki kemudahan Digital ID berkenaan.

-Advertisement-

Digital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID adalah platform yang dipercayai dan selamat serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelak penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.

Dengan Anwar yang juga Menteri Kewangan mendaftar dengan Digital ID, ia bakal memberi keyakinan kepada rakyat mengenai keselamatan serta ketelusan sistem berkenaan.

Pada 21 November lalu, Anwar mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM80 juta kepada agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mimos Bhd, untuk menyegerakan pelaksanaan Digital ID dan memperkasakan transformasi digital, serta membangunkan inisiatif digital khususnya membabitkan urusan dengan kerajaan.

-Advertisement-

Anwar juga dilaporkan berkata, pendaftaran Digital ID adalah langkah awal dalam pemberian subsidi bersasar serta pelbagai kemudahan lain oleh jabatan kerajaan dan pihak swasta.

– BERNAMA

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373