PUTRAJAYA 13 Oktober 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-51 bagi meneliti pelbagai perkara berkaitan pembangunan fizikal negara, termasuk perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri.
Menurut Anwar menerusi kenyataan di Facebook, perbincangan tersebut turut mengambil kira keperluan mematuhi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi memastikan perancangan pembangunan dilaksanakan mengikut kerangka perundangan yang ditetapkan.
Beliau turut menegaskan kepentingan semua pihak berkaitan untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan, khususnya dalam memperkukuh ekosistem pelaburan dan memudahkan urusan rakyat.
-Advertisement-
Dalam pada itu, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dilihat penting bagi memastikan perancangan pembangunan dilaksanakan secara terselaras, inklusif dan menyeluruh.
Pendekatan tersebut diharap dapat menyokong pembangunan negara yang mampan serta memastikan perancangan fizikal memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan generasi akan datang – The Capital Post