Arab Saudi mula langkah bida Piala Dunia 2034

Estimate Reading Time: < 1 minute

RIYADH: Arab Saudi mengorak langkah seterusnya dalam usaha menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 dengan menghantar surat kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam.

-Advertisement-

Negara itu menyatakan minat mereka selepas FIFA mengumumkan hanya pembida dari Asia dan Oceania sahaja akan dipertimbangkan untuk edisi 2034.

Presiden FIFA, Gianni Infantino turut mengumumkan tuan rumah edisi 2030 yang dikongsi oleh enam negara.

Sepanyol, Maghribi dan Portugal akan menjadi tuan rumah utama, tetapi sebagai ulangtahun ke-100 kejohanan, Uruguay, Paraguay dan Argentina akan menganjurkan perlawanan-perlawanan pembukaan.

-Advertisement-

Arab Saudi – yang melabur besar dalam bola sepak dan pembangunan Liga Pro mereka sepanjang 12 bulan lalu – pada awalnya mahu membida untuk edisi 2030.

Ia membabitkan Greece, Mesir dan Arab Saudi, tetapi rancangan itu dibatalkan dan mereka kini mensasarkan untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2034.
– AGENSI
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373