Arteta perlu kawal perasaan di Old Trafford

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Mikel Arteta mungkin akan terlepas aksi terakhir Arsenal menentang Everton musim ini jika mengutip satu lagi kad kuning.

-Advertisement-

Persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal kendaliannya dengan Manchester City bakal ditentukan sehingga ke perlawanan terakhir.

The Gunners masih mendahului satu mata di depan juara bertahan, City yang bermain kurang satu perlawanan, dan terpaksa mengharapkan lawannya tercicir mata.

Arsenal yang berbaki dua perlawanan saja lagi, perlu memenangi kedua-duanya, dan ketiadaan Arteta di tepi padang pada perlawanan terakhir pasti akan menjejaskan peluang kejuaraan mereka.

Untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku, Arteta perlu menjaga tingkah lakunya pada perlawanan seterusnya menentang Manchester United di Old Trafford pada 12 Mei ini.

Pengendali dari Sepanyol itu sudah mengutip lima kad kuning dan jika satu lagi dilayangkan kepadanya, dia akan digantung satu perlawanan.

Ketika Arteta digantung satu perlawanan pada Disember, Arsenal tewas 1-0 kepada Aston Villa.

-Advertisement-

Pengendali akan dihukum selepas mengutip tiga kad kuning.

Arteta mempunyai rekod disiplin paling buruk untuk pengendali pasukan Liga Perdana Inggeris musim ini, dengan lima kad kuning.

Dia dilayangkan kad ketika aksi menentang Fulham, Brighton, dan Luton, serta dalam kedua-dua perlawanan menentang Chelsea.

Salah satu daripada kad berkenaan ialah ketika Declan Rice menjaringkan gol kemenangan minit ke-97 menentang Luton pada Disember, apabila dia melintasi garisan dan masuk ke dalam padang.

Akibatnya dia digantung untuk perlawanan menentang Aston Villa.

Arsenal memenangi 14 daripada 16 perlawanan Liga Perdana Inggeris sepanjang tahun ini, seri 0-0 menentang City dan kalah 2-0 kepada Aston Villa.

Bagaimanapun kehebatan bekas bosnya di City, Pep Guardiola menyaksikan juara betahan itu sekali lagi berpeluang memintas mereka di saat akhir.
-AGENSI
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427