Australia juara Piala Dunia Kriket

Estimate Reading Time: < 1 minute

AHMEDABAD, India: Travis Head membantu Australia memenangi Piala Dunia Kriket buat kali keenam dengan kemenangan enam wiket ke atas India di Ahmedabad.

-Advertisement-

“Saya berbangga menjadi sebahagian daripadanya. Ia lebih baik berbanding menyaksikan Piala Dunia dari rumah.

“Saya sedikit gementar tetapi Marnus (Labuschagne) bermain dengan baik dan menyerap semua tekanan,” kata Head yang kembali menyertai pasukan selepas pulih daripada kecederaan tangan di Afrika Selatan sebelum kejohanan ini.

Peluang India untuk menamatkan kemarau kejuaraan dunia sejak Trofi Juara-Juara 2013 berkecai selepas aksi cemerlang Australia yang diterajui Head dan Labuschagne.

Century dicatat Head adalah yang ketujuh dalam final Piala Dunia dan ketiga oleh pemain Australia selepas Ricky Ponting (pada tahun 2003) dan Adam Gilchrist (2007).

-Advertisement-

“Keputusan tidak berpihak kepada kami dan kami sedar yang kami tidak cukup bagus hari ini. Tetapi kami bangga dengan pasukan ini,” kata kapten India, Rohit Sharma.

– AFP

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373