WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (52) ORDER BY meta_id ASC

Azmin akan bentangkan hala tuju ekonomi Malaysia pada Perhimpunan Agung PBB » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Azmin akan bentangkan hala tuju ekonomi Malaysia pada Perhimpunan Agung PBB

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan membentangkan hala tuju ekonomi dan strategi jangka panjang Malaysia di pentas antarabangsa pada sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) akan datang.

-Advertisement-

Beliau akan mengambil bahagian dalam sesi ke-7 UNGA selaku anggota delegasi Malaysia diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dari 24 hingga 28 Sept, menurut Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam kenyataan hari ini.

Perdana menteri dijadual menyampaikan ucapan pada acara sampingan “Pengawasan Alam Sekitar dalam Menangani Kemiskinan untuk Mencapai Pembangunan Mampan” yang diadakan bersempena UNGA pada tahun ini.

Pada acara sama, Azmin akan berkongsi pada wacana panel mengenai pendekatan holistik Malaysia daalm mengseimbangkan pertumbuhan dan kemampanan, yang telah menghasilkan pertumbuhan mengagumkan dan pembangunan sosio-ekonomi untuk negara, kata kementerian.

-Advertisement-

Selain itu, beliau akan menyampaikan kenyataan bagi pihak Malaysia pada Dialog Peringkat Tinggi PBB mengenai Pembiayaan bagi Pembangunan untuk mengumumkan penubuhan Dana One WASH.

Dana itu merupakan inisiatif pembiayaan bersama antara Bank Pembangunan Islam, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah untuk memerangi penyakit taun dan penyakit cirit-birit lain di 29 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

— BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44033,42529,39896,37100) ORDER BY meta_id ASC