KUALA LUMPUR, 24 November 2026 (The Capital Post) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga 5 petang semalam.
Menurut kenyataan MetMalaysia, negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor.
Di Kedah, kawasan yang dijangka mengalami cuaca berkenaan ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Baling, Sik dan Kulim, manakala di Perak melibatkan Hulu Perak, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar dan Kinta.
Amaran sama turut melibatkan Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai di Kelantan, serta Kuantan, Pekan, Jerantut dan Rompin di Pahang.
-Advertisement-
Di Selangor, kawasan terlibat ialah Kuala Langat, Sepang, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Petaling dan Klang, manakala di Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.
Di Sarawak, amaran meliputi Mukah (Mukah, Matu, Dalat dan Daro), Sibu (Selangau), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi), Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Limbang, Sri Aman (Pantu), Serian serta Kapit (Song, Bukit Mabong dan Kapit).
Sementara itu, di Sabah kawasan yang terlibat ialah Kudat, Sandakan, Tawau, Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang) serta Pantai Barat (Ranau dan Papar). – The Capital Post