Bandar Raub dilanda banjir kilat, 8 keluarga dipindahkan

Estimate Reading Time: < 1 minute

RAUB: Hujan lebat berterusan selama dua jam menyebabkan sekitar bandar Raub dilanda banjir kilat, malam tadi.

-Advertisement-

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub, berkata hujan lebat bermula kira-kira jam 8.40 malam itu menyebabkan air takungan longkang melimpah.

“Pihak APM membuat pemantauan kejadian banjir kilat di sekitar bandar Raub dan membuat kerja-kerja pemindahan mangsa serta membuka sebuah pusat perpindahan sementara ( PPS) setelah beberapa kawasan perumahan dinaiki air.

-Advertisement-

“Seramai lapan keluarga membabitkan10 mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS pada jam 11.40 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373