Banjir di Pahang tidak banyak berubah, 1,359 mangsa di 26 PPS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: Banjir di Pahang tidak menunjukkan perubahan apabila seramai 1,359 mangsa banjir daripada 375 keluarga berada di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) di Rompin, Pekan dan Maran setakat pagi ini.

-Advertisement-

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,393 mangsa banjir daripada 383 keluarga berada di 26 PPS di tiga daerah berkenaan pada petang semalam.

Namun, Rompin masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 658 orang pada 200 keluarga, diikuti Pekan membabitkan 360 orang daripada 89 keluarga dan Maran pula merekodkan 341 orang daripada 86 keluarga.

Sementara itu, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 8 pagi ini, lapan sungai iaitu Rompin, Pekan, Maran, Bera dan Kuantan melepasi paras bahaya.

-Advertisement-

Sungai terbabit ialah Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong dan Jalan Kota Bahagia; Sungai Rompin di Jambatan Kuantan-Segamat, Rompin dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di sini.

Turut direkodkan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan; Sungai Jempol di Rancangan FELDA Jengka dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran serta Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pula mengeluarkan ramalan hujan berterusan tahap waspada di Rompin dan Pekan, hari ini.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373