Banjir Terengganu: 473 mangsa masih terjejas di Dungun

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir Terengganu tidak menunjukkan perubahan apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal seramai 473 orang.

-Advertisement-

Setakat jam 8 pagi, semua mereka daripada 157 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Di Dewan Serbaguna Kampung Shukor, seramai 226 mangsa daripada 61 keluarga berlindung di PPS berkenaan manakala seramai 247 mangsa daripada 96 keluarga lagi berteduh di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Timbalan Pengarah (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Mejar (PA) Mohd Hafiz Asikin berkata, semua mangsa masih ditempatkan di dua PPS itu berikutan keadaan rumah mereka yang masih terjejas.

Banjir besar pada Khamis lalu menyebabkan Kampung Shukor dan Kampung Pasir Raja antara paling teruk terjejas.

“Ketika ini, kerja-kerja pembersihan giat dijalankan dengan bantuan pelbagai agensi termasuk sukarelawan yang turut serta dalam pasca banjir ini.

-Advertisement-

“Bagaimanapun, sebahagian besar daripada mereka tidak dapat pulang ke kediaman masing-masing kerana kerosakan yang berlaku termasuk ada yang kehilangan rumah” katanya.

Sementara itu, laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan hanya satu sungai mencatatkan bacaan melepasi paras amaran.

Sungai Terengganu di Jambatan Kuala Berang, Hulu Terengganu berada pada paras 11.54 meter (m)

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373