KUALA LUMPUR: Beberapa kenderaan dilihat memasuki kawasan perumahan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara sejak jam 3.30 petang tadi.
-Advertisement-
Turut kelihatan, kenderaan dengan plat pendaftaran ‘hakim’ memasuki ke kediaman Muhyiddin.
Selain itu, beberapa menteri juga sudah berada di rumah Perdana Menteri.
-Advertisement-
Sekumpulan petugas media tempatan ketika ini turut berada di luar kawasan rumah Perdana Menteri.
Dalam kenyataan Istana Negara hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan dukacita dengan kenyataan di Parlimen pada Isnin lalu, bahawa kerajaan sudah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Seri Paduka.
Yang di-Pertuan Agong juga amat dukacita kerana apa yang diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.
-BH