Bursa Malaysia akhiri kenaikan lima hari berturut-turut

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia yang mencatat kenaikan selama lima hari berturut-turut sebelum ini, sebaliknya susut ketika memulakan dagangan Rabu dan menjejaki prestasi lemah Wall Street.

-Advertisement-

Pada 9.13 pagi, indeks petunjuk FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.33 mata kepada 1,494.50 daripada paras 1,498.83 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka turun 1.03 mata kepada 1,497.80.

Bagaimanapun di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 198 berbanding 194 manakala 347 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,480 tidak diniagakan dan 20 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan mencecah 518.09 juta unit bernilai RM138.90 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, berkata kalangan peniaga kekal berhati-hati ketika menunggu pengumuman data inflasi dalam tempoh dua hari lagi iaitu Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat (AS) bagi Disember.

“Berikutan itu, Dow Jones susut 158 mata, Nasdaq menokok 14 mata manakala hasil Kertas Perbendaharaan 10 tahun AS menguncup sedikit kepada 4.015 peratus.

“Di Hong Kong pula, Indeks Hang Seng meneruskan penyusutannya untuk ditutup di bawah paras 16,200 yang disebabkan terutamanya oleh penjualan saham syarikat gergasi teknologi seperti Alibaba, JD.com, Tencent dan Meituan,” katanya kepada BERNAMA.

Di peringkat tempatan, Pak Leng percaya FBM KLCI masih menjadi tumpuan biarpun fasa konsolidasi ketika ini dan dijangka mencatat aliran dalam julat 1,495 hingga 1,505 hari ini.

-Advertisement-

“Kaunter pembinaan dan tenaga berkemungkinan menjadi tumpuan susulan aktiviti penjualan yang berlaku semalam,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua sen kepada RM9.08 dan RM4.37, Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals turun enam sen masing-masing kepada RM10.50 dan RM7.04 manakala CIMB tidak berubah pada RM6.05.

Bagi saham aktif, Hong Seng Consolidated, TWL Holdings dan Minetech Resources masing-masing naik setengah sen kepada tiga sen, lima sen dan 24 sen manakala Pan Malaysia naik dua sen kepada 17 sen dan Industronics turun satu sen kepada lapan sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM 70 susut 8.78 mata kepada 15,100.59, Indeks FBMT 100 berkurangan 24.89 mata kepada 10,788.82, Indeks FBM Emas Shariah turun 16.62 mata kepada 11,250.03, Indeks FBM Emas menguncup 23.11 mata kepada 11,143.04 dan Indeks FBM ACE merosot 0.76 mata kepada 5,442.18.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.14 mata kepada 176.97, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 39.18 mata kepada 16,696.74 dan Indeks Tenaga merosot 2.28 mata kepada 842.21 manakala Indeks Perladangan naik 0.01 mata kepada 7,082.20 dan Indeks Hartanah menokok 2.43 mata kepada 907.30.

– BERNAMA

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373