SERDANG, 1 September 2026 (The Capital Post) – Pengunjung Laman HPM KUSKOP @ MAHA 2026 berpeluang menguji pengetahuan dan merebut hadiah eksklusif menerusi aktiviti Kotak Misteri yang dianjurkan di Pavilion KUSKOP.
Aktiviti interaktif itu memberi peluang kepada pengunjung mengenali Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta agensi-agensi di bawahnya dengan lebih dekat, selain mengasah pengetahuan dalam suasana santai dan menyeronokkan.
Selain menyokong usahawan tempatan dan mendapatkan pelbagai produk di MAHA 2026, pengunjung turut digalakkan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang program berlangsung.
-Advertisement-
Laman HPM KUSKOP @ MAHA 2026 dibuka setiap hari dari 28 Ogos hingga 6 September 2026, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di District 2.
Syarat dan ketetapan bagi cabaran Kotak Misteri boleh dirujuk pada poster rasmi aktiviti. – The Capital Post