CADANGAN IMF AKAN MEMBEBANKAN RAKYAT DAN INDUSTRI

Estimate Reading Time: 2 minutes

Langkah kerajaan untuk mendapatkan bantuan teknikal daripada IMF berhubung dengan strategi hasil jangka sederhana (MRTS) akan membebankan lagi keperitan rakyat dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan kadar inflasi yang tinggi.

-Advertisement-

Terdapat banyak faktor yang mengakibatkan kemerosotan hasil kutipan cukai kepada 11% daripada keluaran dalam negara kasar seperti struktur dan hala tuju ekonomi dan pimpinan kerajaan yang korup dengan rasuah. Jumlah 11% adalah yang terendah dalam kelompok ASEAN-5 dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Mengikut Laporan Perundingan-Konsultasi dan Kakitangan Artikel IV bagi Malaysia: 2023 yang dikeluarkan pada 1 Jun, IMF mencadangkan dasar monetari Malaysia perlu diperketatkan lagi. Sebarang kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) bukan sahaja akan membebankan rakyat tetapi juga syarikat khususnya sektor mikro, kecil dan sederhana. Majoriti rakyat dan syarikat mikro, kecil dan sederhana dibelenggu pinjaman yang tinggi dan amat sensitif kepada pertukaran kadar faedah pinjaman.

Kenaikan kos akibat dari kadar faedah yang meningkat akan menaikkan lagi harga perkhidmatan dan/atau produk, Operasi sesetengah syarikat akan terjejas apabila tidak dapat meneruskan kontrak pembekalan dengan kenaikan kos tanpa persetujuan untuk menyemak semula nilai kontrak. Ini juga boleh mendorong kepada tahap inflasi yang meninggi.

Sumber hasil negara boleh ditingkatkan melalui sumber pendapatan negara yang lain seperti hasil duti eksais dan levi pekerja tanpa membebankan rakyat. Kerajaan boleh mengetatkan lagi penguatkuasaan barangan seludup dan levi pekerja asing yang semakin berleluasa.

Kerajaan kerugian besar akibat dari barang yang di seludup masuk secara haram. Kerugian hasil negara dari penyeludupan rokok sahaja dianggarkan bernilai RM6 bilion tidak termasuk penyeludupan ubat-ubatan, minuman keras dan lain-lain.

Walaupun jumlah pekerja asing yang berdaftar melebihi 2.1 juta tetapi jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) dianggarkan mencecah 1 juta dan ini bukan sahaja menjejas hasil negara tetapi juga bersangkut paut dengan masalah ekonomi, sosial, keselamatan dan ketenteraman.

Kerajaan mengalami kerugian besar dari hasil cukai pendapatan, levi dan ekonomi haram yang di jana oleh PATI. Levi adalah salah satu dari 5 sumber perolehan daripada cukai yang boleh dipertingkatkan untuk menambah hasil negara. Pendapatan dari cukai yang tertinggi adalah dari cukai yang dikenakan ke atas keuntungan syarikat. Kerajaan harus terus mengutamakan dasar-dasar yang lebih mesra dan memperkasakan syarikat dan perniagaan. Apabila syarikat berdaya saing dan maju, hasil kerajaan akan bertambah.

-Advertisement-

Dasar-dasar yang melemahkan syarikat seperti gaji minima, gaji progresif, penarikan subsidi, kenaikan kadar faedah pinjaman harus diteliti halus sebelum di laksana dan dikuatkuasa. Sektor swasta masih belum pulih sepenuhnya dari kesan pandemik. Apabila keuntungan atau kos operasi syarikat terjejas, pekerja adalah golongan pertama yang akan terjejas apabila syarikat mula `downsizing’. Apabila syarikat terpaksa downsize dan pekerja diberhentikan, hasil negara dari cukai pendapatan juga akan terjejas. `Snowball effec’ akan menjejas ekonomi negara dari perbagai aspek.

Kebelakangan ini syarikat gergasi Panasonic Manufacturing Berhad juga telah mengecilkan (downsizing) operasi di Malaysia dengan menutup 2 kilang di Shah Alam. Begitu juga rangkaian kedai buku Borders yang telah menutup terus operasi di Malaysia. Ini adalah isyarat jelas dasar ekonomi negara tidak berjaya mengekalkan permintaan.

Kami bersetuju dengan pandangan IMF berkenaan dengan belanjawan tahunan Kementerian Kewangan tidak selari dengan hasrat dan keperluan Rancangan Malaysia ke 12 (RM12). Malah, semenjak beberapa tahun lepas, belanjawan tahunan kurang berkait dengan perancangan untuk menjayakan RMK12 dan ini adalah amat penting untuk pembangunan dan masa depan negara.

Satu formula tidak boleh di guna pakai untuk semua negara. Malaysia adalah unik dan mempunyai masalah tersendiri, berbeza dan masalah Malaysia yang paling utama ialah dari segi kepimpinan dan struktur ekonomi berbanding dengan negara-negara lain.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

The views expressed are those of the author and do not necessarily reflect those of The Capital Post.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373