COVID-19: 5,812 kes baharu, kekal lebih 5,000 tiga hari berturut

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes baharu COVID-19 di negara ini bagi tempoh 24 jam merekodkan 5,812 kes, kekal melebihi angka 5,000 untuk tiga hari berturut-turut, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 722,659 kes.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi dengan 2,187 kes.

Katanya, ia diikuti Kuala Lumpur sebanyak 771 kes, Sarawak (673), Negeri Sembilan (658), Melaka (223), Johor (196), Kedah (186) dan Sabah (156).

-Advertisement-

“Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes hari ini,” katanya dalam Facebook, hari ini.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373