COVID-19: Tak wajib pakai pelitup muka di sekolah

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Pemakaian pelitup hidung dan mulut tidak diwajibkan bagi mereka yang berada di sekolah.

-Advertisement-

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengurusan sekolah hanya perlu menyediakan pelitup muka jika ada pelajar atau kakitangan yang menunjukkan gejala ketika sesi persekolahan berlangsung.

Selaras dengan Garis Panduan Kementerian Pendidikan (KPM), katanya, pihak sekolah hanya perlu memastikan penyediaan sabun atau cecair nyahkuman serta melakukan saringan gejala dan suhu badan.

“Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan dan pihak sekolah hanya perlu menyediakan pelitup muka sekiranya ada pelajar atau kakitangan sekolah menunjukkan gejala ketika sesi persekolahan.

“Garis Panduan KPM boleh dimuat turun dari laman web https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/gp-buka-sekolah untuk maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, hanya seorang daripada 594 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara semalam dibawa ke hospital untuk rawatan selepas menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19.

-Advertisement-

Beliau berkata, 593 yang lain diarah menjalani proses kuarantin di rumah.

“Semalam, seramai 594 rakyat Malaysia pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dari Singapura, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Kemboja dan Jepun.

“Dari 10 Jun sehingga 16 Julai, Kementerian Kesihatan (KKM) membuat saringan terhadap 19,372 individu di pintu masuk KLIA dan klia2.

“Seramai 19,298 individu didapati negatif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing manakala 74 individu lagi didapati positif dan dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373