Cuaca ekstrem: Pengeluaran beras Indonesia kekal stabil

Estimate Reading Time: < 1 minute

JAKARTA: Indonesia berjaya mengekalkan tahap pengeluaran beras hampir setanding dengan tahun lalu walaupun mengalami kemarau selama berbulan-bulan akibat fenomena El Nino, kata Menteri Pertanian, Andi Amran Sulaiman, lapor Xinhua.

Beliau berkata, jumlah pengeluaran beras Indonesia mencecah hampir 31 juta tan menjelang akhir tahun ini.

“Tahun ini, pengeluaran beras melebihi 30 juta tan, hanya 500,000 tan kurang daripada pengeluaran tahun lalu,” katanya di kementerian itu, semalam.

Beliau memaklumkan bahawa Indonesia menghadapi kedua-dua fenomena La Nina dan El Nino di kawasan pengeluar beras utama, dengan keadaan cuaca ekstrem itu menyebabkan kemarau serta banjir yang berpanjangan.

Beras yang juga makanan ruji bagi kebanyakan penduduk Indonesia berjumlah lebih 280 juta orang, kekal sebagai produk pertanian penting.

Terdahulu, menteri itu mengunjurkan pengeluaran beras Indonesia meningkat kepada 32 juta tan – tahap yang mencukupi untuk menghentikan import komoditi berkenaan.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464