Dagangan ringgit bermula tinggi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah hasil perbendaharaan AS yang lemah berikutan penguncupan ekonomi di negara itu pada suku kedua 2022.

-Advertisement-

Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4485/4520 berbanding dolar AS daripada penutupan urus niaga Khamis pada paras 4.4515/4550.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata kebimbangan mengenai kemelesetan global yang berterusan serta tanda-tanda meningkatnya ketegangan antara Washington dan Beijing terhadap kemerdekaan Taiwan boleh mempengaruhi mata wang Asia termasuk ringgit.

“Walaupun hasil AS yang lemah adalah positif untuk ringgit, kemerosotan itu adalah disebabkan kemelesetan ekonomi di AS,” katanya kepada Bernama.

-Advertisement-

Sementara itu, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2240/2270 daripada penutup Khamis 3.2192/2222 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3084/3113 daripada 3.2865/2893.

Nilai ringgit turut lemah berbanding euro kepada 4.5366/5401 daripada 4.5196/5232 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.4160/4203 daripada 5.4001/4044 sebelumnya.

-BERNAMA