Datuk Fahmi Tinjau Pusat Media PRU Johor

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU 8 Julai 2026, (The Capital Post) – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil telah mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 yang beroperasi di Suasana Suites Johor Bahru bagi meninjau tahap kesiapsiagaan kemudahan yang disediakan kepada pengamal media.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan pengamal media dan petugas pusat media sebagai tanda penghargaan terhadap peranan mereka dalam menyampaikan maklumat pilihan raya kepada orang ramai.

Datuk Fahmi turut menegaskan kepentingan penyediaan kemudahan yang selesa, lengkap dan kondusif bagi memastikan proses liputan media sepanjang pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lancar, profesional serta berkesan.

-Advertisement-

Beliau berkata, kemudahan yang baik bukan sahaja membantu mempertingkatkan kualiti penyampaian berita, malah membolehkan pengamal media menjalankan tugas dalam persekitaran yang lebih efisien sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin; Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Erwin Khairul Ahmad serta Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj. – The Capital Post