WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35300) ORDER BY meta_id ASC

'Dia bukan lagi ahli UMNO, terpulang dia nak pergi mana' - Zahid Hamidi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

‘Dia bukan lagi ahli UMNO, terpulang dia nak pergi mana’ – Zahid Hamidi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan terpulang kepada bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk menyertai parti lain.

-Advertisement-

Timbalan Perdana Menteri berkata, itu haknya dan bekas Ketua Pemuda UMNO itu juga bukan lagi ahli parti.

“Itu hak dia untuk ke mana-mana pun. Dia tidak lagi menjadi ahli UMNO,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di ibu negara hari ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu kepada Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Menteri Kesihatan berkenaan dipecat daripada UMNO, pada Januari lalu.

-Advertisement-

Beliau berkata, tawaran itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Khairy memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan BERSATU, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

Bagaimanapun, Khairy yang masih tidak mempunyai parti selepas dipecat UMNO, dilihat lebih selesa ‘menutup mulut’ mengenai masa depan politiknya walaupun sudah ditawarkan menyertai BERSATU.

Ketika dihubungi BH semalam, susulan kenyataan Muhyiddin mengenai tawaran jawatan dalam MPT kepada Khairy, bekas Menteri Belia dan Sukan itu meminta pendiriannya yang belum bersedia mengulas perkara itu, dihormati.

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44843,44834,44828,44821) ORDER BY meta_id ASC