Diana hanya senyum sinis, enggan beri komen

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Awal kehadiran ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pelakon, Diana Danielle, kelihatan ceria, bagaimanapun reaksi wajahnya bertukar suram selepas selesai memfailkan permohonan rujuk dan perceraian, pagi tadi.

-Advertisement-

Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 33, hanya tersenyum sinis, sambil berlalu menaiki kereta dan terus mengunci mulut memberi komen meskipun dihujani pelbagai persoalan daripada pihak media.

Mahkamah menetapkan 20 November ini sebagai tarikh sebutan pertama bagi permohonan rujuk dan perceraian yang difailkan Diana, pagi tadi.

Ketika tiba di lobi mahkamah, Diana berjubah hitam hanya mengharapkan semua urusan perceraian berjalan dengan baik, selain berpendapat tiada keperluan sekiranya harus melalui proses mahkamah yang berpanjangan selepas ini.
Nama Diana dan Farid kembali menjadi sebutan selepas Diana mengumumkan mahu memfailkan perceraian pada 28 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Farid masih mahu mempertahankan rumah tangga dan menyayangi Diana dan anak-anaknya.

-Advertisement-

Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana kemudiannya bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu. Namun, mereka rujuk sebulan kemudian.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427