Drama Tamil, pengarah Melayu sajian RTM sempena Deepavali

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bagi meraikan Deepavali, Unit Drama TV (UDTV) RTM menerbitkan drama Tamil empat episod berjudul Neethan En Annan membawa maksud Kau Abang Aku sebagai sajian kepada penonton setia.

-Advertisement-

Apa yang menarik, drama Neethan En Annan yang mula ditayangkan TV2 pada jam 2.30 petang 8 November ini hingga hari sambutan Pesta Cahaya, ditunjangi pengarah berbangsa Melayu, iaitu Wan Afzam Wan Daud.

Tentunya Wan Afzam yang juga antara penerbit di UDTV RTM, berdepan cabaran yang bukan sedikit dalam menyiapkan naskhah itu. Apatah lagi, drama Neethan En Annan menggunakan bahasa Tamil sepenuhnya.

Begitu juga dalam aspek pemilihan pelakon yang semuanya berbangsa India.

Si adik, iaitu Ramesh, periang dan suka berangan yang juga jurufoto sambilan, bekerja di sebuah villa milik abangnya, Rohit.

Biarpun sering tidak bersefahaman, Ramesh akur abangnya lebih berjaya dalam kerjaya berbanding dirinya.

Sebagai pekerja di villa abangnya, Ramesh bertahan dengan kata-kata Rohit yang kadangkala menyakitkan hati, namun Ramesh tidak tahu villa milik abangnya itu mempunyai masalah.

Konflik bermula apabila Ramesh mula jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Kaasini, iaitu penjual bunga tanpa disedari bahawa Kaasini adalah kekasih abangnya yang akhirnya, berlaku perselisihan faham antara dua adik beradik itu.

Sikap iri hati, dengki dan pentingkan diri sendiri memakan diri Rohit tetapi Ramesh cuba perbaiki keadaan dan membina semula hubungan dengan Rohit.

Drama Neethan En Annan menampilkan pelakon Daview Puvanan sebagai Ramesh, Thevaguru (Rohit) dan Hamsni Perumal (Kaasini). Turut beraksi Devakanni, Sasikumar, Haridhass, Sasitharan K Rajoo, Shabby dan Khesshikah.

Drama ini juga boleh ditonton menerusi penstriman langsung RTMKlik (www.rtmklik.rtm.gov.my).
-BeritaHarian

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373