DSAI Tekankan Nilai Hikmah Dalam Kepimpinan Pemimpin Muda Global

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 9 Julai 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama 22 pemimpin muda dari 12 negara yang menyertai AZM Global Leaders Kuala Lumpur Summit 2026 di Putrajaya, dengan menekankan kepentingan nilai, kebijaksanaan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran kepimpinan masa kini.

Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi pandangan mengenai keperluan pemimpin untuk memahami kepelbagaian budaya dan latar belakang masyarakat dengan pendekatan yang berasaskan hikmah serta sikap terbuka terhadap perbezaan.

Menurut beliau, pemimpin masa hadapan perlu sentiasa memperkayakan ilmu dan menyesuaikan diri dengan pendekatan baharu, namun dalam masa sama tidak mengabaikan asas penting seperti kepercayaan, nilai murni dan pembentukan akhlak.

-Advertisement-

Pertemuan itu turut memperlihatkan usaha memperkukuh jaringan antara generasi pemimpin muda dari pelbagai negara sebagai langkah membina kerjasama serta persefahaman yang lebih luas pada masa akan datang.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pengasas program tersebut, Muna AbuSulayman, serta mendoakan agar usaha melahirkan barisan pemimpin muda global terus diperkasakan demi manfaat bersama. – The Capital Post