Dua MP Letak Jawatan, Kosongkan Kerusi Parlimen

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur 18 Mei 2026 (The Capital Post) – Dua Ahli Parlimen telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, sekali gus mengesahkan pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa bagi membuka ruang kepada langkah politik baharu.

Menurut kenyataan bersama, keputusan tersebut dibuat sebagai usaha untuk mengembalikan mandat kepada pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan, memandangkan mereka sebelum ini dipilih melalui tiket Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang lalu. Mereka turut menegaskan bahawa langkah itu mencerminkan prinsip tanggungjawab kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan untuk dua penggal perkhidmatan.

-Advertisement-

Dalam masa yang sama, mereka merakamkan penghargaan kepada para pengundi Pandan dan Setiawangsa atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di Parlimen. Pusat Khidmat masing-masing juga akan terus beroperasi seperti biasa bagi memastikan kebajikan dan bantuan kepada rakyat setempat tidak terjejas, selain mengesahkan hasrat untuk bertanding semula di bawah platform BERSAMA pada pilihan raya akan datang. – The Capital Post