Emery akan pastikan pemain lebih berdisiplin

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Pengendali Aston Villa, Unai Emery mahu memastikan anak buahnya tampil lebih berdisiplin selepas insiden kekecohan ketika kemenangan 2-1 di Brentford.

-Advertisement-

Keane Lewis-Potter membuka jaringan untuk tuan rumah sebelum rehat, tetapi situasi mula berpihak kepada Villa selepas pertahanan Brentford, Ben Mee dibuang padang kerana mengasari Leon Bailey 20 minit sebelum tamat permainan.

Alex Moreno menyamakan kedudukan pada minit ke-77 dan Ollie Watkins melengkapkan kebangkitan anak buah Emery lapan minit kemudian.

Watkins meraikan jaringan di hadapan penyokong bekas pasukannya dan ia menimbulkan ketegangan di atas padang, dengan pengadil melayangkan kad kuning kepada Ezri Konsa dan Saman Ghoddos.

Pemain tengah Villa, Boubacar Kamara dilayangkan kad merah dalam masa kecederaan.

-Advertisement-

Kemenangan itu meletakkan Villa hanya satu mata di belakang pendahulu, Arsenal yang kembali ke tangga teratas selepas menewaskan Brighton 2-0.

“Di akhir perlawanan, ada beberapa tindakan, termasuk daripada pemain-pemain kami, yang kurang menyenangkan dan saya akan menanganinya.

“Kami terlalu teruja dan perlu mengawal diri. Apabila berbuat begitu, pemain lain mungkin tidak suka. Saya berjanji kami akan tampil lebih baik,” kata Emery.

– AFP

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427