Enam Ikhtiar Kerajaan Fokus Ringankan Beban, Perkukuh Ekonomi Rakyat

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 (The Capital Post) – Enam Ikhtiar Untuk Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara fokus utama dalam Majlis Amanat Perdana Menteri Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Antara langkah utama ialah pengembalian had kelayakan BUDI MADANI kepada 300 dan 400 liter, peruntukan RM1.5 bilion untuk penyelenggaraan sekolah serta Program AI Percuma Untuk Rakyat.

Kerajaan turut memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan digital sektor kesihatan awam, menaikkan ambang e-Invois kepada RM3 juta serta menyediakan Pembiayaan Mikro dan Geran Sejahtera MADANI untuk peniaga kecil.

-Advertisement-

Kesemua inisiatif itu mencerminkan usaha Kerajaan memperkukuh kesejahteraan rakyat serta memastikan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara kekal inklusif dan mampan. – The Capital Post