PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 (The Capital Post) – Enam ikhtiar segera Kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan merancakkan aktiviti ekonomi menjadi antara fokus utama Amanat Perdana Menteri Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemerdekaan perlu dihayati melalui pembinaan masyarakat yang berjiwa merdeka, menolak perkauman, rasuah dan penindasan serta menjunjung amanah kepada rakyat.
Amanat tersebut turut menyaksikan pengumuman beberapa langkah yang akan berkuat kuasa mulai 1 September 2026, termasuk penambahan semula kuota BUDI95 dan BUDI Diesel, peruntukan penyelenggaraan sekolah bagi 2027 serta kenaikan ambang pengecualian e-Invois kepada RM3 juta.
Kerajaan turut menyediakan tambahan RM1 bilion bagi pembiayaan mikro, Geran Sejahtera MADANI berjumlah RM200 juta untuk penjaja dan peniaga kecil, selain memperkenalkan Program AI Percuma untuk rakyat serta memperkukuh infrastruktur dan sistem digital sektor kesihatan awam.
-Advertisement-
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal turut hadir bersama ribuan rakyat Malaysia bagi menyaksikan amanat berkenaan.
Langkah yang diumumkan dilihat mencerminkan usaha Kerajaan memperkukuh kesejahteraan rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif dan mampan. – The Capital Post