KUALA LUMPUR, — Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.3 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pada 7.49 pagi ini.
-Advertisement-
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu terletak pada jarak 158 km tenggara dari Siberut, Indonesia.
-Advertisement-
Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
— BERNAMA