Haaland sedia beraksi menentang Liverpool

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Erling Haaland dijangka kembali cergas menjelang aksi Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Liverpool pada hujung minggu ini.

-Advertisement-

Buku lali penyerang Norway itu terseliuh ketika kemenangan 2-0 ke atas Faroe Islands pada Khamis, namun selepas pemeriksaan lanjut kecederaannya dilaporkan tidak serius.

Norway gagal melayakkan diri ke Kejuaraan Eropah tahun depan dan Haaland tidak tersenarai dalam keputusan 3-3 menentang Scotland awal pagi tadi.

Pengendali City, Pep Guardiola kini boleh menarik nafas lega dengan kepulangan peledak utamanya itu yang mendahului senarai penjaring Liga Perdana Inggeris dengan 13 gol selepas 12 perlawanan.

Bagaimanapun Liverpool antara pasukan yang gagal ditembusi Haaland musim lalu dan anak buah Jurgen Klopp juga adalah pencabar utama City di puncak liga menjelang aksi di Etihad.

-Advertisement-

The Reds mampu memintas City apabila mereka hanya dipisahkan dengan satu mata.

Sekiranya menang, ia adalah kemenangan pertama Liverpool di Etihad dalam tempoh lapan tahun.

Liverpool turut berdepan masalah kecederaan apabila bek tengah, Andy Robertson terpaksa berehat panjang selepas pembedahan bahu. Ryan Gravenberch dijangka akan kembali beraksi selepas rehat perlawanan antarabangsa.
– AGENSI
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373