Hampir 80 peratus penduduk KL lengkap suntikan vaksin

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan hampir 80 peratus warga Kuala Lumpur telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

-Advertisement-

Beliau berkata, peratusan itu membuatkan beliau yakin Kuala Lumpur akan mencapai imuniti kelompok seawal bulan depan.

“Sekarang, adalah masa untuk kita turun mencari mereka yang tertinggal seperti golongan miskin dan gelandangan untuk divaksin,” katanya di sini hari ini.

Justeru katanya, satu mesyuarat akan diadakan bersama semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bagi membincangkan perancangan seterusnya setelah Kuala Lumpur mencapai imuniti kelompok.

-Advertisement-

“Kita mahu berbincang dan mendapatkan pandangan mereka bagaimana mahu membuka semula Kuala Lumpur selepas berjaya mencapai imuniti kelompok nanti,” katanya.

Mengikut rekod yang dipaparkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), seramai 1,444,846 atau 81.5 peratus penduduk Kuala Lumpur menerima suntikan dos vaksin pertama.-UTUSAN