Harga minyak dunia jatuh bawah AS$90 setong

Estimate Reading Time: < 1 minute

NEW YORK: Harga minyak mentah susut susulan tekanan yang diterima daripada keputusan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), selain disebabkan peningkatan dalam stok minyak AS, demikian menurut Xinhua.

-Advertisement-

The West Texas Intermediate untuk penghantaran November menyusut AS$1 atau 1.2 peratus untuk ditutup kepada AS$82.94 setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent untuk penghantaran November pula jatuh 79 cent atau 0.9 peratus kepada AS$89.83 setong di London ICE Futures Exchange.

Fed menaikkan 75 mata asas kadar faedah kali ketiga berturut-turut dalam usaha menangani lonjakan inflasi.

Langkah itu diambil di tengah-tengah peningkatan kebimbangan yang semakin meningkat membabitkan dasar pengetatan yang agresif bank pusat yang akan memperlahankan ekonomi global serta menjejaskan permintaan kepada tenaga.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS melaporkan inventori minyak mentah negara meningkat sebanyak 1.1 juta tong bagi minggu berakhir 16 September.

Menurut EIA, jumlah inventori petrol meningkat sebanyak 1.6 juta tong minggu lalu, sementara stok bahan api sulingan melonjak sebanyak 1.2 juta tong.

-Advertisement-

Sementara itu, Menurut Xinhua, Purata Perindustrian Dow Jones AS merosot di tengah-tengah pengumuman Fed AS bahawa ia akan melaksanakan satu lagi kenaikan kadar yang besar.

Indeks itu susut lebih 500 mata, menjadikan penurunan harian terbesar sejak Jun 2020.

Dagangan tidak menentu dalam beberapa minggu kebelakangan ini, disebabkan kadar inflasi kekal tinggi, dan ia telah mencetuskan kebimbangan pelabur berhubung kenaikan kadar faedah Fed yang berterusan boleh mencetuskan peningkatan berterusan dalam pengangguran, yang bermungkinan menjelang akhir tahun.

Nasdaq jatuh 1.79 peratus, dengan indeks teknologi tinggi itu susut sebanyak 29 peratus setakat tahun ini, susulan isu kadar inflasi terburuk dalam tempoh 40 tahun.

-BERNAMA -BH