Helikopter Maritim Malaysia terhempas

Estimate Reading Time: < 1 minute

PELABUHAN KLANG: Helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terhempas berhampiran Pulau Angsa, hari ini.

Empat penumpang termasuk juruterbang dilaporkan selamat dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu.

Difahamkan, helikopter berkenaan dalam operasi pemantauan di perairan Malaysia dekat Klang.

-Advertisement-

Pasukan keselamatan kini dalam perjalanan ke tempat kejadian bagi membantu semua anggota dan pegawai berkenaan.
Maritim Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan.
-BeritaHarian