Hishammuddin, Setiausaha Barisan Nasional Baharu?

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2019 ; (The Capital Post) – Ahli Parlimen Sembrong dan bekas naib presiden UMNO, Dato Seri Hishammuddin dijangka akan dilantik sebagai Setiausaha Baharu Parti Barisan Nasional bagi mengantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas Perhimpunan Agung Parti UMNO bulan November ini. Ini berikutan Datuk Seri Tengku Adnan  yang kini berdepan dengan dua tuduhan rasuah di Mahkamah dan juga permintaan akar umbi UMNO khususnya dari Negeri Johor yang mahu Ahli Parlimen dari Negeri Johor itu diberi peranan dalam parti Barisan Nasional.

-Advertisement-

Perlantikan Dato Seri Hishammuddin sebagai Setiausaha baharu dilihat dapat memberikan nafas baru dalam Barisan Nasional, ini kerana kreditibiliti Dato Seri Hishammuddin, terserlah sewaktu menangani isu MH370 dan MH17 dan perwataknya yang mudah diterima oleh rakyat.

-Advertisement-

Menurut Sumber, Presiden Parti MCA, Dato Seri’ Wee Ka Siong dan Presiden Parti MIC Tan Sri, Dato Seri’ Vigneswaran sudah mengatakan hasrat dan sokong mereka kepada Presiden Barisan Nasional dalam melantik Dato Seri Hishammuddin sebagai Setiausaha Barisan Nasional. Kedua – dua Presiden Parti MCA dan MIC tersebut juga merupakan bekas Ketua Pemuda parti masing – masing berkhidmat bersama Dato Seri Hishammuddin sewaktu beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dan Barisan Nasional. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373