Hujan berterusan tahap buruk di Kelantan, Terengganu sehingga esok

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga esok di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan.

-Advertisement-

METMalaysia dalam kenyataannya, berkata kawasan terbabit di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu katanya, amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga hari ini, turut diramal berlaku di kawasan Kuantan, Pahang.

“Amaran hujan lebat berterusan tahap waspada berkuatkuasa sehingga esok turut dikeluarkan bagi kawasan Gua Musang di Kelantan.

“Amaran hujan berterusan tahap waspada berkuat kuasa hari ini turut dikeluarkan membabitkan kawasan Jerantut dan Pekan di Pahang,” katanya.

-Advertisement-

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Selain itu, boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373