WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1237) ORDER BY meta_id ASC

Hujan lebat sebabkan puluhan pokok tumbang » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Hujan lebat sebabkan puluhan pokok tumbang

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kuat hampir dua jam petang tadi menyebabkan beberapa laluan di ibu negara dilanda banjir kilat selain puluhan kejadian pokok tumbang.

-Advertisement-

Susulan hujan lebat bermula sekitar jam 3.45 petang itu, Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima 25 laporan pokok tumbang di sekitar ibu negara.

Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Alam Sekitar JKAS DBKL, Abdul Rahman Ahmad, berkata empat pasukan daripada Skuad Kecemasan, Unit Kecemasan, Kemudahan Awam & Perkuburan (UKKAP) dikejarkan ke lokasi berkenaan untuk membuat kerja pembersihan.

“Anggota kita mula menjalankan kerja-kerja pembersihan bermula sekitar jam 4 petang dan sehingga jam 8 malam tadi, kerja pembersihan akhir masih dijalankan.

“Beberapa buah kenderaan terbabit dalam kejadian itu, namun setakat ini tiada mangsa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Antara kawasan yang terjejas adalah Taman Sri Kuching; Jalan Kuching; Flat PKNS Jalan Kuching; Taman Sejahtera; Jalan Lapangan Terbang Lama; Eco Rist Mont Kiara Timur; Jalan Sri Hartamas 18, Sri Hartamas, Jalan Tualang, Bukit Bandaraya; Jalan Jejawi, Bukit Bandaraya dan Jalan Maharajalela.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerusi laman Facebook mereka memaklumkan banjir kilat dilaporkan berlaku di Jalan Parlimen berhampiran bulatan Dato Onn di kedua-dua arah sehingga laluan itu hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Jalan Semantan ke Jalan Duta susur naik ke Istana Negara membabitkan tiga lorong di laluan terbabit.

Kejadian pokok tumbang pula dilaporkan berlaku di Jalan Kuching berhampiran Taman City sehingga menutup sebahagian laluan dan mengganggu aliran trafik ke Selayang.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan mereka menerima tiga laporan kejadian banjir kilat membabitkan dua kenderaan terkandas.

-Advertisement-

Banjir kilat setinggi kira-kira 0.3 meter dilaporkan berlaku berhampiran Masjid Baru, Kampung Segambut Dalam dan berhampiran bangunan Pos Malaysia dari Pasar Seni ke Brickfields.

“Dua buah kenderaan terkandas dalam kejadian itu membabitkan sebuah kereta dan sebuah van Pos Laju.

“Kita turut menerima laporan banjir kilat di Jalan Penchala Hilir, Kampung Sungai Penchala.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai ke lokasi membuat pemantauan,” katanya.

Dua buah kenderaan turut dilaporkan rosak dalam dua kejadian pokok tumbang berasingan di Jalan Segambut, Segambut Dalam dan di Jalan Pintasan off Taman Sri Segambut.

“Pokok tumbang turut berlaku di Jalan 13/42 Taman Sejahtera sehingga merosakkan kabel elektrik selain kejadian di Jalan Selinsing 7, Taman Niaga Waris dan Stesen Minyak Shell Taman Desa yang menghalang laluan.

“Kita turut terima satu laporan kejadian tanah dan tembok runtuh di Insitut Latihan KEMAS, Jalan Syed Putra berkeluasan kira-kira 12 meter persegi,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa kejadian pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di sekitar Batu Caves, Segambut dan Mont Kiara dan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga buah kereta rosak akibat ditimpa pokok tumbang.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, memaklumkan mereka menerima empat laporan pokok tumbang dengan tiga kenderaan terjejas dalam kejadian di Pusat Perindustrian Spring Crest, Batu Caves dan di Jalan Segambut Bahagia. -Bharian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC