India idam rampas semula trofi Piala Dunia Remaja

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja lelaki India berada dalam landasan tepat untuk menamatkan kemarau tujuh tahun kembali menjulang Piala Dunia Remaja yang membuka tirai esok hingga 16 Disember di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

-Advertisement-

Kali terakhir skuad kendalian CR Kumar melakar kejuaraan adalah pada tahun 2016 selepas menundukkan Belgium 2-1.

Mereka merangkul gelaran itu buat kali pertama pada 2001 selepas membelasah Argentina 6-1.

Kumar, 61, berpendapat anak buahnya mampu mencipta kejutan apabila mereka menonjolkan permainan yang memberangsangkan selain mempunyai keyakinan tinggi semasa sesi latihan.

“Semua pasukan ternama sudah pastinya mahukan kemenangan. Kami berada di platform sama dan ke arah itu. Prestasi kami baik dan kami akan cuba dapatkan kembali trofi yang pernah dimenangi pada 2016.

-Advertisement-

“Sudah tentu kami sasarkan untuk menang. Tetapi kami tidak memandang mudah pasukan lain kerana ia saingan Piala Dunia. Setiap pasukan akan lakukan sesuatu pada Piala Dunia, jadi kami sentiasa berwaspada dan melihat perlawanan demi perlawanan,” katanya kepada pemberita.

India diundi dalam Kumpulan C dan akan memulakan kempen menentang Korea Selatan esok, diikuti aksi berdepan Sepanyol pada Khamis (7 Disember) dan menutup perlawanan kumpulan bertemu Kanada pada Sabtu (9 Disember).

– BERNAMA

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427