Indonesia akan import tambahan 1.5 juta tan beras tahun ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

JAKARTA: Indonesia akan mengimport tambahan 1.5 juta tan beras tahun ini di tengah-tengah kenaikan harga makanan ruji berikutan kemarau menjejaskan hasil tuaian di banyak pusat pengeluaran padi di seluruh negara.

-Advertisement-

Pemangku Menteri Pertanian, Arief Prasetyo Adi, berkata jumlah itu adalah tambahan kepada kuota import beras sebanyak dua juta tan untuk 2023 dan tambahan 300,000 tan pemindahan daripada rancangan import tahun lalu.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk 1.5 juta itu,” katanya kepada Reuters.

Beliau berkata secara realistik Indonesia mungkin hanya mampu memperoleh 600,000 tan daripada pelan import baharu itu sehingga akhir tahun.

-Advertisement-

Indonesia sebelum ini berkata negara itu sedang meneliti untuk mengimport satu juta tan dari China bagi meningkatkan stok simpanan.

Tidak dijelaskan dari mana selebihnya import akan diperoleh.

Kebiasaannya Indonesia membeli beras daripada Thailand, Vietnam dan India. Pihak berkuasa berkata perbincangan mengenai potensi import juga diadakan dengan Kemboja dan Pakistan.
– REUTERS
– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373