WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1663) ORDER BY meta_id ASC

Jadual padat menanti Dr Mahathir di Baku, Azerbaijan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Jadual padat menanti Dr Mahathir di Baku, Azerbaijan

Estimate Reading Time: 2 minutes

BAKU, AZERBAIJAN: Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dijadualkan tiba di sini petang ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18, mempunyai jadual yang padat, dengan sekurang-kurangnya lima mesyuarat dua hala bersama pemimpin asing.

-Advertisement-

Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev pada jam 6 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

Seorang pegawai kanan Malaysia, berkata sebaik tiba, Dr Mahathir yang akan diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dijangka mengadakan perjumpaan dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Menurutnya, pihak Malaysia menerima banyak permohonan bagi mengatur perjumpaan dengan Perdana Menteri Malaysia berusia 94 tahun itu, yang juga negarawan paling tua memimpin negara ketika ini.

“Selain mesyuarat dengan Presiden Ilham, ada juga permohonan bagi Perdana Menteri untuk menemui pemimpin dari Pakistan, Iran, Bangladesh dan Korea Utara di luar Sidang Kemuncak,” katanya.

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina; Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan; Presiden Iran, Hassan Rouhani serta pemimpin nombor dua Korea Utara dan Presiden Presidium Supreme People’s Assembly (SPA), Choe Ryong-hae, dijangka menghadiri sidang kemuncak dua hari itu.

Pagi esok, Dr Mahathir akan ditemuramah oleh media saluran Islam berpangkalan di United Kingdom (UK), sebelum menyertai pemimpin dari lebih 20 negara pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak NAM ke-18 di Pusat Kongres Baku.

-Advertisement-

Dr Mahathir, yang kali terakhir menghadiri Sidang Kemuncak NAM ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada 2003, kemudiannya akan mengambil bahagian dalam Perbahasan Agung berhubung tema Sidang Kemuncak, iaitu ‘Berpegang Kepada Prinsip Bandung Bagi Memastikan Eespons Konkrit dan Mencukupi Terhadap Cabaran Kontemporari Dunia’.

Di hari ketiga di sini, Dr Mahathir dijadual melawat Greentech Farm, kompleks rumah hijau moden yang menggunakan teknologi canggih dalam penghasilan sayur-sayuran organik.

Perdana Menteri juga dijadualkan melawat pejabat Petronas yang sehingga kini telah melabur lebih US$4 bilion (RM16.74 bilion) di Azerbaijan.

Menurut laporan, Petronas memiliki 15.5 peratus kepentingan dalam projek Shah Deniz dan di dalam projek South Caucasus Gas Pipeline, di samping memiliki 12.4 peratus kepentingan dalam Azerbaijan Gas Supply Company.

Dr Mahathir kemudian akan menemui diaspora Malaysia yang berada di Azerbaijan dan mengadakan persidangan media dengan media Malaysia sebelum berlepas ke Ashgabat untuk lawatan dua hari ke Turkmenistan. – BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC