Jambatan Pulau Pinang ditutup sementara Ahad untuk larian maraton

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGETOWN: Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara sempena acara “Penang Bridge International Marathon 2023” bermula jam 12.01 tengah malam hingga jam 10 pagi, Ahad ini.

-Advertisement-

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan jambatan itu akan dibuka dan beroperasi seperti biasa bermula jam 10 pagi pada hari yang sama selepas acara larian tamat.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan diberikan.

-Advertisement-

“Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI atau papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih,” menurut kenyataan itu.

Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan dan PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian serta kerjasama semua pengguna lebuh raya.
-BERNAMA
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373