Jamuan di Jepun Eratkan Hubungan Dua Negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

TOKYO 20 Oktober 2026 (The Capital Post) – Lawatan kerja hari kedua ke Jepun diakhiri dengan jamuan makan malam yang dianjurkan oleh Minister Koizumi, menghimpunkan delegasi Malaysia dan Jepun dalam suasana mesra serta penuh kemesraan.

Jamuan tersebut menyajikan hidangan tradisional Jepun yang menyelerakan, diiringi perbualan santai dan persembahan lagu yang menceriakan suasana. Lagu tempatan seperti Belaian Jiwa dan Rasa Sayang turut dipersembahkan, sekali gus menambah keistimewaan malam berkenaan.

Pertemuan tidak formal itu menyediakan ruang kepada kedua-dua delegasi untuk berinteraksi dengan lebih dekat, di samping mengeratkan hubungan persahabatan dan persefahaman antara Malaysia dengan Jepun.

-Advertisement-

Penghargaan turut disampaikan kepada Minister Koizumi atas layanan mesra dan hospitaliti yang diberikan sepanjang jamuan berlangsung, mencerminkan semangat persahabatan yang terus mewarnai hubungan antara kedua-dua negara – The Capital Post