KPT Selaras Pengisian Jawatan Atrisi 2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 20 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengadakan pertemuan strategik bersama jabatan, agensi, universiti awam (UA) dan hospital pengajar universiti (HPU) bagi menyelaras urusan perjawatan serta memastikan kelancaran operasi institusi di bawah kementerian.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Aras 17, KPT itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KPT dan menghimpunkan Naib Canselor, pendaftar universiti awam, pengarah hospital pengajar serta ketua jabatan dan agensi berkaitan.

Perbincangan memberi tumpuan kepada penyelarasan pengisian kekosongan jawatan akibat atrisi bagi tahun 2026, selaras dengan keperluan tenaga kerja dan kelangsungan fungsi institusi pendidikan tinggi.

Dalam sesi berkenaan, KSU KPT turut menyempurnakan penyerahan Surat Kelulusan Pengisian Jawatan Atrisi 2026 kepada wakil daripada 20 universiti awam dan sembilan hospital pengajar universiti.

-Advertisement-

Kelulusan turut diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) serta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Inisiatif ini mencerminkan usaha KPT memperkukuh penyelarasan perjawatan bagi memastikan pengurusan sumber manusia yang lebih teratur, menyokong kelancaran operasi serta mengekalkan mutu penyampaian perkhidmatan di seluruh institusi dan agensi di bawah seliaannya – The Capital Post