Jangkitan COVID-19 terus melonjak kepada 11,034 kes

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes positif harian COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dengan 11,034 kes dilaporkan hari ini.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah individu di negara ini yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 2,925,254 kes.

-Advertisement-

Sejak semalam, bilangan kes positif harian kembali ke lima angka apabila sebanyak 10,089 kes dilaporkan setakat tengah hari semalam.

-BH