WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28255) ORDER BY meta_id ASC

Kadar vaksinasi tinggi lindungi ekonomi Malaysia » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kadar vaksinasi tinggi lindungi ekonomi Malaysia

Estimate Reading Time: 2 minutes

Kadar vaksinasi tinggi lindungi ekonomi Malaysia

-Advertisement-

Ahli ekonomi jangka tiada keperluan kerajaan tutup sektor sekali lagi

Oleh Mahanum Abdul Aziz

mahanum_aziz@bh.com.my

Impak peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 terhadap kedudukan ekonomi Malaysia dijangka terkawal berikutan kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini, demikian tegas ahli ekonomi.

Mereka berkata, kadar vaksinasi tinggi dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 ke peringkat serius, sehingga memerlukan rawatan rapi dan tahap kesediaan penjagaan kesihatan yang tertinggi.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata beliau melihat bahawa peningkatan kes jangkitan varian Omicron sememangnya sudah dijangka berikutan negara lain turut mengalami situasi sama.

Namun, beliau berkata, yang lebih utama petunjuk yang harus diberikan perhatian adalah kadar penggunaan katil dan ventilator serta keadaan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya, pada masa ini, hanya 33 peratus ventilator, 53 peratus wad ICU dan 65 peratus katil digunakan seluruh negara.

“Keadaan ini sekali gus menunjukkan situasi pada masa sekarang masih lagi terkawal. Oleh itu, saya tidak melihat situasi ekonomi sekarang akan terjejas kecuali apabila sistem kesihatan kita kembali tertekan akibat kemasukan pesakit yang ramai, mengalami gejala serius, yang membawa kepada penutupan sektor ekonomi dan kawalan pergerakan,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas sama ada impak peningkatan kes jangkitan COVID-19 ketika ini boleh menjejaskan pemulihan ekonomi negara.

Ahmed Razman menambah, ada perkembangan kejayaan pemvaksinan apabila hanya satu peratus daripada 10,000 kes yang dilaporkan pada Ahad dan 11,000 kes semalam memerlukan rawatan rapi.

-Advertisement-

Justeru, beliau tidak melihat kerajaan akan menutup sektor ekonomi sekali lagi kerana pemvaksinan berjaya memastikan risiko mendapat gejala yang teruk adalah rendah.

“Ramai individu dan peniaga tidak mampu untuk menampung sara hidup jika penutupan sektor ekonomi dan kawalan pergerakan dilaksanakan sekali lagi.

“Justeru, kempen berterusan untuk memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perlu sentiasa dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kerajaan masih lagi mempunyai ruang untuk melaksanakan dasar fiskal yang mengembang sekiranya memerlukan perbelanjaan tambahan untuk membendung situasi luar jangkaan daripada kenaikan kes COVID-19 .

Beliau berkata, ia berikutan harga minyak mentah kekal tinggi di samping kegiatan ekonomi global yang lebih aktif.

“Peningkatan kes tetap membimbangkan dan persoalan seterusnya adakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Apa yang kita sedia maklum, kes jangkitan banyak tertumpu dalam kategori 1 dan 2 yang melebihi 99 peratus.

“Oleh itu, strategi pemvaksinan sudah pun berkesan dalam mengurangkan bahaya jangkitan. Apa pun keputusan, saya kira ia amat bergantung kepada penilaian pakar kesihatan.

“Berdasarkan metrik seperti nilai R-Naught jelas menunjukkan kadar jangkitan adalah tinggi,” katanya.

Sementara itu, sektor penjagaan kesihatan kembali menjadi tumpuan pelabur di tengah-tengah kebangkitan semula kes harian COVID-19, apabila negara merekodkan lebih 10,000 kes baharu pada Ahad.

Ini termasuk saham wajaran tinggi dalam industri sarung tangan getah seperti Top Glove dan Hartalega yang masing-masing mencatatkan kenaikan kukuh semalam.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC