‘Jika perang Gaza berakhir, kerajaan Israel juga akan berakhir’ – Menteri Keselamatan

Estimate Reading Time: < 1 minute

GAZA: Akhbar Israel, Haaretz dan Maariv, melaporkan Menteri Keselamatan Negara berhaluan kanan, Itamar Ben-Gvir, memaklumkan kepada Benjamin Netanyahu sekiranya peperangan di Gaza tamat, kerajaan pimpinan Perdana Menteri itu juga akan berakhir.

-Advertisement-

Ben-Gvir, sebahagian daripada anggota Kabinet Keselamatan Israel, tetapi tidak terbabit atau membuat keputusan dalam peperangan dilaporkan membuat kenyataan itu dalam satu mesyuarat parti.

Beliau juga sebelum ini beberapa kali bertelingkah dengan Netanyahu berhubung peperangan di Palestin.

Sementara itu, tinjauan pendapat menunjukkan majoriti rakyat Israel menyokong rancangan yang akan menyaksikan pembebasan tawanan di Gaza sebagai pertukaran untuk menamatkan peperangan.

Satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Midgam yang ditugaskan oleh Inisiatif Geneva menyaksikan sebanyak 51.3 peratus responden menyokong perjanjian itu dengan 28.9 peratus menentang.

-Advertisement-

Separuh daripada responden juga berkata, mereka tidak akan menyokong kehadiran tentera Israel di Gaza selama tiga tahun lagi, manakala 32 peratus lagi mengatakan mereka akan menyokong.

– AGENSI

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373