SEPANG 15 Oktober 2026 (The Capital Post) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) meneroka peluang kerjasama strategik bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memperluas penyampaian maklumat serta hebahan berkaitan perkhidmatan imigresen kepada orang awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Usaha itu dibincangkan menerusi kunjungan hormat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Dato’ Lokman Effendi Ramli, kepada Pengarah Urusan MAHB, Dato’ Mohd Izani Ghani, yang berlangsung di Sama-Sama Hotel, KLIA pada 14 Oktober lalu.
Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada potensi penggunaan kemudahan dan platform media yang tersedia di KLIA sebagai saluran untuk menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan imigresen dengan lebih berkesan kepada para penumpang dan pengunjung.
Delegasi JIM turut mengadakan lawatan tapak ke Balai Ketibaan Antarabangsa, Balai Pelepasan serta Bangunan Satelit KLIA Terminal 1 bagi meninjau kemudahan dan persekitaran operasi di lokasi berkenaan.
-Advertisement-
Turut menyertai delegasi JIM ialah Pengarah Bahagian NIISe, Kolnah Anam; Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Marina Habibon; Ketua Cawangan Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasaan, Ajeet Singh a/l Gurbax Singh; serta pegawai kanan dan wakil jabatan.
Delegasi MAHB pula melibatkan Pengurus Besar Kanan Passenger Experience, Abd Hasman Abd Muhimim; Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Stakeholder dan Kawal Selia, Mohammad Hanizal Abdul Hamid; Pengurus Kanan AVSEC, Mohd Rofizan Romali; Pengurus Kanan Bahagian Perhubungan Stakeholder dan Kawal Selia (Hal Ehwal Kawal Selia), Jeffery Omar; serta Eksekutif SRRA, Amira Aufa Mohd Ramzi, selaku sekretariat.
Kerjasama antara JIM dan MAHB diharap dapat memperkukuh komunikasi serta meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat perkhidmatan imigresen kepada masyarakat, khususnya pengguna KLIA – The Capital Post