PUTRAJAYA 15 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) terus memperkukuh penyelarasan dasar serta pelaksanaan agenda kementerian menerusi Mesyuarat Pasca Kabinet Bilangan 21 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Menterinya, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, pada 14 Oktober lalu.
Mesyuarat tersebut berperanan menyelaras tindakan susulan terhadap keputusan Jemaah Menteri, selain meneliti perkara berkaitan bidang tanggungjawab kementerian bagi memastikan dasar dan inisiatif pengurusan sumber asli serta kelestarian alam dilaksanakan secara terancang dan berkesan.
Dalam mesyuarat sama, Arthur turut menyampaikan Sijil Tahniah kepada Dato’ Fakhrul Hatta bin Musa bersempena pemangkuan beliau sebagai Pegawai Hidupan Liar Gred Utama A, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
-Advertisement-
Turut hadir ialah Timbalan Menteri NRES, Syed Ibrahim Syed Noh; Ketua Setiausaha NRES, Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin; Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Dato’ Khalid bin Mohamed; Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), Datuk Nor Yahati binti Awang; serta Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Dato’ Muhammad Ammir bin Haron, bersama pegawai kanan dan ketua jabatan serta agensi di bawah NRES.
Penyelarasan berterusan antara kepimpinan kementerian dan agensi berkaitan diharap dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar, memperkukuh tadbir urus serta menyokong agenda pemeliharaan sumber asli dan kelestarian alam negara – The Capital Post