JIM Selangor Hargai Jasa Pesara Dalam Perhimpunan September

Estimate Reading Time: < 1 minute

PELABUHAN KLANG, 10 September 2026 (The Capital Post) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor menganjurkan Majlis Perhimpunan Setia Berjasa Bulan September di Pejabat Imigresen Cawangan Pelabuhan Klang, semalam.

Majlis disempurnakan Pemangku Pengarah Imigresen Negeri Selangor, YBrs. Tuan Mohmad Khusairi bin Kamarudin, dengan kehadiran Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Pengurusan), Tuan Redman bin Safar; Ketua Imigresen Cawangan Pelabuhan Klang, PPI Aiman Syafiq bin Alis; barisan pegawai kanan serta warga JIM Cawangan Pelabuhan Klang.

Perhimpunan berkenaan turut menjadi platform penyampaian amanat dan perkongsian kepada warga JIM Selangor, khususnya berkaitan kepentingan mengekalkan komitmen, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

-Advertisement-

Dalam majlis sama, JIM Selangor turut meraikan persaraan KPIT Mydin Hamadshah bin Ibrahim sebagai penghargaan terhadap jasa, khidmat bakti dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.

Warga JIM Selangor merakamkan penghargaan atas segala sumbangan beliau serta menyampaikan ucapan selamat bersara, sambil mendoakan agar segala jasa dan bakti yang dicurahkan terus dikenang serta menjadi sebahagian daripada legasi perkhidmatan beliau. – The Capital Post